Sunday, January 11, 2009

Sentap!

Hari ni aku datang keja dengan muka yang sembab kerana menangis. Sebabnya? Sebabnya aku bergaduh dengan adik aku sebelum pergi keja. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak adik-beradik.

Hari aku dimulakan bila aku menerima panggilan dari kawan kolej aku dulu bertanyakan aku di mana. Kemudian aku jawab, aku berada di rumah. Baru aku teringat, hari ni kawan aku bertunang dengan rakan sekelas aku dulu. Tapi kerana komitmen aku dengan kerja, memaksa aku melupakan majlis tu. Kadang-kadang status aku selaku orang no 2 dalam department ni pun membebankan kerana aku terpaksa korbankan masa aku bersama rakan-rakan. Aku tak dapat cuti kerana chief aku cuti. Kalau chief aku cuti, aku tak boleh cuti sekali. Nak tak nak, aku terpaksa terima,walaupun kadangkala hati aku memberontak. Tapi bukan itu yang aku nak ceritakan. Aku nak ceritakan kenapa aku sentap hari ni sampaikan aku menjatuhkan hukuman terhadap 2 orang adik aku.

Ketika jawab panggilan telefon tu, aku baru bangun tido. Lepas tu adik aku kat kampung telefon dan mulalah telefon tu bertukar antara aku dengan dua orang lagi adik aku. Lepas tu adik yang sorang tu bangun, buka pc dan buka internet dan mula buka friendster. Lepas tu aku pulak bangun dan ambil alih pc tu dari dia sebab dia cuti hari ni, jadi sepanjang aku pergi kerja, dia boleh melayari internet.

Kemudian emak aku telefon lagi dari kampung. Aku waktu tu tengah iron baju kerja. Jadi dia borak-boraklah dengan adik aku tu. Bila dah abis borak, kami gurau-gurau dan entah macam mana aku boleh tersentap dengan satu gurauan adik aku ni. Adik aku yang sorang lagi tu, dah terdiam bila keadaan dah jadi serius. Aku macam tak boleh terima ayat gurauan yang boleh aku katakan menyentap hati aku.

Kemudian aku geram, aku tutup pc, aku cabut modem broadband. Aku amik remote astro dan masukkan ke dalam beg kerja aku. Kedua-dua adik aku masuk dalam bilik dan bergurau senda dalam bilik. Aku terus bersiap kerana dah lambat pegi keja.

Sampai bawah rumah, aku terlupa nak bawa cd gambar yang aku nak cuci. Aku patah balik dan naik semula ke rumah aku. Bila aku buka pintu, mereka tengah menonton Melodi. Aku terlupa sebenarnya mereka boleh control tv tu melalui decoder. Aku tutup tv dan cabut smart kad astro tu dan turun kerja semula.

Sampai kat bawah rumah, aku telefon bos aku, beritahu aku lambat ke tempat kerja kerana ada urusan yang nak diselesaikan dengan adik-adik aku. Aku rasa tak boleh kerja bila hati aku tak tenang. Lepas tu aku naik semula ke atas, adik aku boleh tersengih-sengih tengok aku. Dia ingat, hati aku dah lembut dan nak bagi baliklah smart kad astro tu. TIDAK!

Aku naik ke rumah semula sebab aku nak selesaikan hal tadi. Kemudian aku luahkan apa yang menyebabkan aku tersentap! Dia hanya diam. Adik aku sorang yang ada dalam bilik, keluar dari bilik dan menyaksikan sesi luahan hati tu. Bila tak ada respon, aku masuk dalam bilik dan menenangkan diri dalam bilik. Pada masa yang sama, airmata aku semakin mengalir laju.

Mungkin pada orang perkara ni kecil, tapi kalau korang berada kat tempat aku, korang tahulah apa yang aku rasa. Aku ni jenis yang tak mudah mengalirkan airmata. Tapi aku akan menangis bila hati aku benar-benar dilukai dan kalau aku bergaduh dengan adik-beradik aku.

Lama aku tunggu dia datang jumpa aku kat bilik dan minta maaf. Tapi bila aku tengok macam tak ada respon, aku pun pergi keja. Petang baru dia hantar mesej minta maaf kat aku. Kemudian aku balas mesej dia. Akhirnya dia mengalah dan meminta maaf pada aku. Hajat di hati, aku ingat nak bincang dari hati ke hati pasal perkara ni sekembalinya aku dari kerja. Tapi dia dah minta maaf dari aku, aku maafkan dia. Carik-carik bulu ayam akan bercantum jugak. Bergaduh adik-beradik pun takkan ke mana jugak.

Tapi Ahad ni akan diingati sebagai Ahad paling boring kerana tiada hiburan di rumah. Tapi aku nak mereka tahu, apa yang aku buat selama ni pun bukan untuk aku, tapi untuk mereka jugak. Keluarga aku bukan orang senang dulu. Jadi apa yang mereka dan aku tak dapat sewaktu kecil dulu, aku cuba tunaikan. Tapi bila perkara itu pun tak dihargai.....huh! Tapi perkara ni dah kira selesai, cuma bergantung pada aku jer. Sebab aku ni amik masa yang lama nak baik semula. Kadang-kadang sampai seminggu lamanya baru aku akan bertegur sapa dengan mereka.

Tapi dapat aku bayangkan betapa boringnya bila tak dapat menonton tv dan melayari internet. Bukan aku tak boleh terima gurauan, tapi gurauan tu biarlah tidak menyentuh perkara yang aku tak suka. Sekurang-kurang ni akan jadi pengajaran pada mereka dan juga aku.

5 comments:

  1. wahhh...terharu giler aku baca citer ko ni cypan...lawak2 pon ada gak...suda2 la tu..lupakan pe y terjadi..amik masa utk cool down..adik beradik kn...x ke mana gak tu...good luck utk ko..

    ReplyDelete
  2. rilekkkkkk....
    namo gado adik beradik,
    tk baik taw... :)

    ReplyDelete
  3. huhuhuh... tak citer pon kat aku ek..
    erk.. lain kali kan... kalau mate tuh sembab
    nko pakai laa celak tebal tebal...
    so time pg kijer... bleh la kaver skit
    mate nko yang merah tuh...

    ok, aku pon gurau-gurau jugak. mane ade adik
    beradik tak bergadoh.... stended la tuh..
    lagi lagi nko ni harapan keluarga.

    marah memang marah... sape tak marah kalau
    ade skit kureng mase adik beradik bersembang
    dengan kite... lagi lagi nko paling tua
    dalam umah tuh... lepas tuh nko plak yang
    sediakan enviroment dalam umah... so memang
    nko berhak karek skit ar kan...

    tak pe, tak salah tindakan nko tuh. motifnye
    nak bagi pengajaran. so suh la depa kasik
    pikir skit, betoi ke salah ke mende yang
    diaorang buat tuh kan...

    aku pon duk dengan adik beradik... dah jadik
    adat la berkelahi tuh... tapi adik beradik
    ni... walau macam mane burok punye perangai
    pon... die still adik beradik nko weh~

    Tak kire laa nko tak mengaku... tapi realiti
    nye they're still your blood. think twice.

    nko bleh marah.. marah kaw kaw... then...
    bile nko rase nko dah cool... baru panggil
    diaorang semua.. talk personally... citer
    sebab dan akibat...

    weh nko jangan malu plak kalau aku citer
    macam ni... kalau kat tempat kijer... nko
    jangan harap aku nak sembang macam ni kan..
    hahaha....

    i can be good n i can be rude. depends..
    topic lain plak... pasal kijer... aku tengok
    memang tak adil... "akak nko" tuh memang la.
    tak tau macam mane nak cakap lagi.

    Paul sendiri pon tak suke... lu imagine la
    ape kes kan??? Dah la off day.. lepas off
    day.. bleh masuk petang plak.. not fair..
    aku tengok die hari-hari masuk petang.
    one day... memang aku akan komplen.

    hari tuh aku dah komplen skali kan???
    sampai keychoh semua retail... kalau die
    cabar aku lagi... tengok ar macam mane aku
    buat lagi... die ingat aku ni tengok jer
    kot... tak berani nak buat ape...

    so rilek jer nancy... ade mase, kompom
    "akak nko" tuh tak bekerja lagi kat sini.

    kite tengok ar~

    Azman Ishak

    ReplyDelete
  4. panjang nye komen ko ni! penat aku baca weh!

    ReplyDelete
  5. Hye nancy...
    Thanks dtg jengah...hmmmm...sy pun sllu gak trasa dgn adik2...mmg sedey...cam dorg xrespek...tp nk wat camner kan...adik nyer psl yg atas2 ni tpksala mngalah... =)

    Sbb...kita kan KAKAK... =)

    ReplyDelete