Monday, February 23, 2009

Sukarnya Membuat Keputusan........


Arghhhhh! Susahnya membuat pilihan. Antara kerjaya dan keluarga, yang mana patut diutamakan dulu? Biarlah aku cerita apa yang membuatkan aku sukar membuat pilihan antara kerjaya dan keluarga.

Syarikat tempat aku kerja akan membuka satu lagi cawangan baru berhampiran tempat tinggal aku. Dan aku ditawarkan untuk ke sana dalam posisi yang berbeza dari posisi aku sekarang. Senang cerita, naik pangkatlah. Oklah, aku terimalah. Sebab aku dah kerja dalam bidang ni pun dah lama dan banyak jugak yang aku dah lalui. Cuma tak berpeluang nak gunakan segala ilmu dan pengalaman yang aku ada sebab di tempat kerja aku ni, agak terbatas sedikit.

Tapi nak dijadikan cerita. Bila aku fikir-fikir balik, aku nak tukar bidang pulak. Bidang ni taklah asing sangat, cuma aku kena belajar banyak. Kalau sebelum ni kerja aku cuma jaga duit yang jumlahnya memang banyak. Tapi kali ni, aku nak cuba pulak kerja dalam bidang yang berkaitan dengan sistem.

Bos aku banyak kali tanya aku, betul ke aku nak pergi ke cawangan baru ni dalam posisi yang aku minta, bukan posisi yang sepatutnya ditawarkan kepada aku. Aku pun confident jawab, aku yakin dan aku dah bersedia. Baru-baru ni, aku jumpa dia secara personally kerana banyak perkara yang nak dibincangkan.

Bila aku jumpa dia, dia berterus terang dengan aku, yang dia tak yakin aku boleh lakukan kerja tu kerana cabarannya lebih kuat dari apa yang aku fikirkan. Tak tahulah dia sebenarnya berat nak lepaskan aku pergi atau dia memang tak nak aku pergi, tapi dia tak nyatakan secara terang. Kalau aku terus kerja dengan dia, dia boleh aku cuti berapa lama yang aku nak dan kenaikan gaji, cuma beri dia sikit masa untuk uruskan kenaikan gaji tu.

Kebetulan aku ada tanya dia pasal aku nak bercuti panjang bulan Jun ni nanti kerana aku nak balik Sarawak. Aku minta cuti 2 minggu dengan dia. Then, jawapan dia. Kalau dalam tempoh tu, aku masih lagi kerja dengan dia, dia boleh bagi aku cuti. Tapi kalau waktu tu aku dah kena melapor diri ke tempat kerja baru, dia tak boleh nak beri aku cuti yang aku minta kerana ianya di bawah tanggungjawab bos baru nanti.

Kat situ aku dah rasa serba salah. Keluarga aku dah beriya-iya suruh aku balik bulan Jun ni nanti. Takkan aku nak hampakan permintaan mereka yang mahukan aku balik menjenguk mereka? Sekarang ni aku dalam dilema. Perlukah aku tolak tawaran berpindah ke tempat baru dan balik menjenguk keluarga aku nanti atau aku terus menerima tawaran tu dan lupakan hasrat nak balik bersama adik-adik aku nanti?

2 comments:

  1. 'balik menjenguk keluarga nanti' la, saya sure family awk fahamnye..tapi kalau awak dah btul2 decide la yg awak nak keje tu.tp kalau naik pangkat+naik gaji,baikla amik..bkn snang nak dpt pluang camni.gudluck anyway..take care

    ReplyDelete
  2. Pengarah sy sllu kata...kelaurga tu penting.Tambah lagi mak ayah. Masa dorg ada ni la kita jengah / jengok dorg.

    Cadangan : tangguhkan ke tpt baru kalo leh atas alasan nk siapkan keje ttangguh...pas2 cuti.Pas bln Jun gi la keje kat tpt baru...cik nancy mmg nak gi sana kan?..

    =) 2 - 2 dapat kan...
    cadgn sy je...

    ReplyDelete