Aku ni bukannya peminat fanatik kepada cerita Superman ni. Tapi aku suka tengok cerita Lois & Clark - The New Adventures of Superman sebab plot cerita ni kena dengan jiwa aku.
Cerita ni dah pernah ditayangkan di tv3 satu masa dulu. Seingat aku, time tu aku dalam darjah 3 kot. Sanggup tidur lambat semata-mata nak tengok cerita ni. Ingat dulu asyik kena marah sebab selalu tidur lambat.
Kebetulan karakter Lois Lane lakonan Teri Hatcher tu sikit-sikit adalah macam aku jugak. Itu yang membuatkan aku seronok tengok cerita tu. Tak lah semua, tapi adalah sikit persamaan. Dan aku pun minat bidang kewartawanan. Lagipun aku memang minat tengok karakter Lois Lane yang keras kepala, bersifat dominan, sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mencapai apa yang dia hajatkan. Part mana yang sama tu, tak payahlah aku ceritakan. Tak penting pun.
Tapi bila tengok cerita ni, aku rasa macam refleksi diri aku. Betul ke aku macam tu? Terasa aku macam sedang menonton diri aku dalam diri Lois Lane. Ha...ha...jauh betul berangan. Tapi tak adalah sampai aku berangankan Superman akan datang menyelamatkan aku setiap kali ada masalah macam mana Superman datang menyelamatkan Lois Lane.
Setakat ni, aku dah ada siri Lois & Clark- The New Of Superman season 1 dan 2. Puas aku cari season 3 dengan 4, tapi semua kedai dvd yang aku pergi, kata mereka, season 3 dan 4 belum masuk pasaran Malaysia lagi. Arghhh.....aku dah tengok sampai hujung season 2. Sampai ke klimaks, tetiba bersambung pulak ke season 3. Huh! Susah payah betul aku nak cari sambungannya. Tapi akhirnya, belum ada lagi di pasaran Malaysia. Terpaksalah aku tunggu season 3 dan season 4 masuk ke pasaran Malaysia.
Hmm....semoga cepatlah season 3 dan season 4 tu sampai Malaysia. Aku tak sabar nak melengkapkan koleksi peribadi aku. Kalau dah lengkap, puas rasanya dapat menunaikan kehendak diri sendiri. Biarlah adik aku nak kata aku membazirkan duit sebab aku beli pakai duit aku. Dan, tak salah kalau aku nak memanjakan diri aku dengan membeli apa yang kita hajatkan, kan?
Aku kalau tengok superman pun rasa macam aku ni superman.. tp aku malu... malu sebab pakai seluar dalam kat luar tuh.. aku nak superman pakai seluar trek jer...
ReplyDeletenazz: ha..ha..suka tengok citer superman bukan sebab nak tengok superman. tapi suka tengok lois & clark jer.
ReplyDeleteske gak lois & clark 2...
ReplyDeletedulu ms skola salu tnngu siri 2 kat TV
tp xaddict cam nancy...
eleea ske harry potter
skang tgh nk carik cite dia
novel sumer da kumpul...
huhuhu
emmm....Superman best gak
ReplyDeletetapi...CM lagiiiiii suka
Incredible Hulk...
skrg ni tayang balik kat 8TV
hari Sabtu 11.45 malam...
tgok jgn tk tengok =]