Wednesday, January 28, 2009

Karaoke!!!!!!!!!

Alkisahnya, hari ni aku pergilah berkaraoke dengan beberapa orang teman sekerja. Lama jugak aku dah tinggalkan sesi berkaraoke ni. Plan ni pun dibuat last-last minit. Kebetulan hari ni, aku boleh join diorang.

Bila tau jer nak pergi karaoke, Kak Ita ajak aku pergi temankan dia beli baju, sebab dia tak nak pakai baju kurung masuk pusat karaoke. Dalam masa 1 jam lunch hour tu, aku pergilah temankan dia cari baju. Isetan, Parkson, Romp. Padini, PDI, G2000 Women, pendek kata semua kedai yang jual baju kami masuk. Tapi hampeh! Ada yang menarik, tak ada saiz. Ada yang ada saiz, harganya mak datuk! Boleh aku beli pas bulanan selama 3 bulan. Last, Kak Ita decide pakai jer lah baju kurung tu.

Sampai kat pusat karaoke pulak, bukan mic yang kami pegang dulu. Aku dengan dia pergi isi perut dulu. Makan, tak ingat dunia! Sampai 4 trip kami melantak! Yang lain sibuk melalak, kami pulak sibuk melantak. Lepas tu barulah join diorang nyanyi. Enjoy the pics!


Ni nak menyanyi ke nak makan?
Ni lah aksi terlampau sorang HR melalak! Ha..ha..
Uiks! Penuh perasaan mamat sorang tu nyanyi.
Siapa agaknya gerangan dia tu? He..he...
Ha..ha..Kak Ita dah tak sabar nak makan tu...
Trip ke 2 sesi menjamu selera.


Ni trip ke 3 aku makan.


Ni trip ke 4 dah ni. Wow! Tak sedar, kuatnya aku makan!

Seronok jugak sekali kala test suara ni. Lepas ni, tak tau apa lagi plan best yang diorang nak buat. Tapi aku suka join aktiviti yang melibatkan makanan. Maklumlah, aku ni kan suka makan. Ops! Kuat makanlah! Tu sajalah untuk kali ni. See ya....

Monday, January 19, 2009

Malam AJL 23

AJL 23 sudah pun berlalu di mana kita semua sudah mengetahui pemenangnya. Keadaan di dalam Stadium Putra memang meriah. He..he..aku tak sempat nak tangkap banyak sangat gambar sebab aku datang lambat. Kebetulan kamera aku pun habis bateri. Jadi aku datang untuk memberi sokongan kepada artis kesayangan aku, Stacy. Tapi apa pun enjoy gambar yang dirakamkan oleh jurugambar Stacyfrenz.

Sempat lagi aku dan Liza berposing sebelum bermulanya acara.

Pengacara pada malam itu, Ally Iskandar, Cheryl Samad dan FBI

Persembahan bertenaga dan menarik dari Stacy - Aku Stacy

Persembahan memukau dari Jacylin Victor, M Nasir dan Jamal Abdillah. Penonton turut menyanyi sama ketika mereka mendendangkan lagu Isabella.

Alamak terlebih sudah!

Stacy di luar stadium.

Stacy sempat berposing di dalam kereta.

All pics credit to Abg Casper

Pengalaman berada di pentas final AJL satu pengalaman baru bagi aku. Kata orang lagi best tengok kat rumah sebab lagi jelas dan tak perlu bersesak-sesak dengan orang ramai. Tapi kalau korang berada kat sana, korang akan tahu kemeriahannya takkan sama dengan ketika menonton di rumah. Walaupun tak menang, Stacy sudah pun memberikan persembahan yang mantap dan bertenaga. Sebelum balik, Stacy sempat bertemu dengan para peminatnya di luar stadium dan mengucapkan terima kasih kepada peminatnya kerana hadir memberi sokongan.

Sunday, January 18, 2009

Lion Dance @ CSKL

Pada 17hb, ada acara Lion Dance. Aku sebenarnya tak tau nak update apa pasal ni. Cuma ni lah 1st time aku jadi camerawoman. Susah jugak nak amik gambar sebab terpaksa berasak-asak dengan orang ramai. Tapi apapun, enjoy the pics!

Apa benda ni ek? Lupalah nak tanya apa nama benda ni.

Comel tak?

Eh! Ambil gambar! Nak posing jap. Pas tu baru sambung nari k!

Nak juga dua ekor naga ni enterprem dengan bos aku...

Ni lah limau yang aku dapat. Menurut kepercayaan orang Cina, jika kita menerima limau melalui pemberian tarian naga itu, ia akan membawa tuah atau ong. Bila mengetahui aku memperoleh limau, serta-merta anak-anak buah aku mendoakan aku semoga aku mendapat jodoh tahun ini. Amboi! Macam tak sabar jer nak tengok aku kahwin! Sibuk ajer mereka ni!

Tuesday, January 13, 2009

My Favourite Drama - Qing You Ke Yuan


Hu...hu...akhirnya dapat jugak aku cari cerita Mandarin Qing You Ke Yuan atau tajuk Englishnya Falling In Love. Sekian lama aku cari, berkat kesabaran dan sikap tak putus asa, dapat juga aku cari cerita ni. Seronok sangat bila aku dah jumpa channel yang upload cerita ni kat you tube. Lepas ni, bolehlah aku tengok cerita ni banyak kali. Lebih baiklah dari tengok kat laman web NTV7 tapi tak ada subtitle Melayu. At least, kat you tube ni subtitle English aku masih boleh faham lagi.

Cerita ni bukan cerita Korea tapi cerita Mandarin kerjasama NTV7 dengan Mediacorp Studios dari Singapura. Jalan cerita dia memang menarik. Aku pun memang suka genre cerita yang bercorak romantik komedi macam ni. Lakonan mantap William San, Eunice Ng, Phyllis Sim, Alan Yun (Malaysia), Jessica Liu dan Zhang Dao (Singapore) memang berkesan. Aku pun memang minat dengan Eunice Ng dan William San ni. Gandingan yang serasi dan padan. Walaupun drama ni remake daripada drama Singapura You're The One sekitar tahun 2005 lakonan Christopher Lee, Terence Cao, Rui-En, tapi tak kisahlah. Yang penting tengok cerita ni banyak kali pun tak membosankan.


Lepas ni aku nak upload pulak cerita ni Love Is All Around. Cerita ni pun kelakar jugak, tapi aku lebih suka tengok lakonan Eunice Ng dengan William San kat Falling In Love sebab watak mereka lebih banyak. Drama ni lebih banyak mengisahkan kehidupan Zhuang Jia Wei dan Fu Xing Ai lakonan Cheng Kam Ming dan Apple Hong.

Ha..ha...orang lain lebih suka tengok cerita dari Indonesia, Korea dan Jepun. Tapi aku lebih suka tengok cerita Mandarin dari Malaysia. Aku suka sebab jalan cerita kebanyakan drama berbeza dari drama-drama yang aku pernah tengok. Memang lain dan tidak stereotaip.

Lepas ni nak cari balik drama Thai yang aku pernah tengok dulu, Fox & The Sugar Cube. Erk? Betul ke tajuk ni? Tak kisahlah, nanti aku akan try cari tajuk drama tu. Tapi drama ni memang best lakonan Jessadaporn Pholdee dan Piyada Akkarasenee. Aku dah ada drama The Princess lakonan kedua-dua pelakon ni. Nak cari drama ni, nampaknya nak kena buka you tube channel dari Thai lah jawabnya! Kalau cari cerita Falling In Love ni kena taip tajuk Mandarin. Maknanya kalau nak cari drama Thai ni, nak kena taip tajuk dalam bahasa Thailah ni! Ayok! Berapa lama agaknya aku dapat cari cerita ni?

Kalau korang nak tahu pasal cerita ni boleh lah tengok kat you tube. Just taip tajuk jer tajuk tu, pasti ada.

Sunday, January 11, 2009

Sentap!

Hari ni aku datang keja dengan muka yang sembab kerana menangis. Sebabnya? Sebabnya aku bergaduh dengan adik aku sebelum pergi keja. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak adik-beradik.

Hari aku dimulakan bila aku menerima panggilan dari kawan kolej aku dulu bertanyakan aku di mana. Kemudian aku jawab, aku berada di rumah. Baru aku teringat, hari ni kawan aku bertunang dengan rakan sekelas aku dulu. Tapi kerana komitmen aku dengan kerja, memaksa aku melupakan majlis tu. Kadang-kadang status aku selaku orang no 2 dalam department ni pun membebankan kerana aku terpaksa korbankan masa aku bersama rakan-rakan. Aku tak dapat cuti kerana chief aku cuti. Kalau chief aku cuti, aku tak boleh cuti sekali. Nak tak nak, aku terpaksa terima,walaupun kadangkala hati aku memberontak. Tapi bukan itu yang aku nak ceritakan. Aku nak ceritakan kenapa aku sentap hari ni sampaikan aku menjatuhkan hukuman terhadap 2 orang adik aku.

Ketika jawab panggilan telefon tu, aku baru bangun tido. Lepas tu adik aku kat kampung telefon dan mulalah telefon tu bertukar antara aku dengan dua orang lagi adik aku. Lepas tu adik yang sorang tu bangun, buka pc dan buka internet dan mula buka friendster. Lepas tu aku pulak bangun dan ambil alih pc tu dari dia sebab dia cuti hari ni, jadi sepanjang aku pergi kerja, dia boleh melayari internet.

Kemudian emak aku telefon lagi dari kampung. Aku waktu tu tengah iron baju kerja. Jadi dia borak-boraklah dengan adik aku tu. Bila dah abis borak, kami gurau-gurau dan entah macam mana aku boleh tersentap dengan satu gurauan adik aku ni. Adik aku yang sorang lagi tu, dah terdiam bila keadaan dah jadi serius. Aku macam tak boleh terima ayat gurauan yang boleh aku katakan menyentap hati aku.

Kemudian aku geram, aku tutup pc, aku cabut modem broadband. Aku amik remote astro dan masukkan ke dalam beg kerja aku. Kedua-dua adik aku masuk dalam bilik dan bergurau senda dalam bilik. Aku terus bersiap kerana dah lambat pegi keja.

Sampai bawah rumah, aku terlupa nak bawa cd gambar yang aku nak cuci. Aku patah balik dan naik semula ke rumah aku. Bila aku buka pintu, mereka tengah menonton Melodi. Aku terlupa sebenarnya mereka boleh control tv tu melalui decoder. Aku tutup tv dan cabut smart kad astro tu dan turun kerja semula.

Sampai kat bawah rumah, aku telefon bos aku, beritahu aku lambat ke tempat kerja kerana ada urusan yang nak diselesaikan dengan adik-adik aku. Aku rasa tak boleh kerja bila hati aku tak tenang. Lepas tu aku naik semula ke atas, adik aku boleh tersengih-sengih tengok aku. Dia ingat, hati aku dah lembut dan nak bagi baliklah smart kad astro tu. TIDAK!

Aku naik ke rumah semula sebab aku nak selesaikan hal tadi. Kemudian aku luahkan apa yang menyebabkan aku tersentap! Dia hanya diam. Adik aku sorang yang ada dalam bilik, keluar dari bilik dan menyaksikan sesi luahan hati tu. Bila tak ada respon, aku masuk dalam bilik dan menenangkan diri dalam bilik. Pada masa yang sama, airmata aku semakin mengalir laju.

Mungkin pada orang perkara ni kecil, tapi kalau korang berada kat tempat aku, korang tahulah apa yang aku rasa. Aku ni jenis yang tak mudah mengalirkan airmata. Tapi aku akan menangis bila hati aku benar-benar dilukai dan kalau aku bergaduh dengan adik-beradik aku.

Lama aku tunggu dia datang jumpa aku kat bilik dan minta maaf. Tapi bila aku tengok macam tak ada respon, aku pun pergi keja. Petang baru dia hantar mesej minta maaf kat aku. Kemudian aku balas mesej dia. Akhirnya dia mengalah dan meminta maaf pada aku. Hajat di hati, aku ingat nak bincang dari hati ke hati pasal perkara ni sekembalinya aku dari kerja. Tapi dia dah minta maaf dari aku, aku maafkan dia. Carik-carik bulu ayam akan bercantum jugak. Bergaduh adik-beradik pun takkan ke mana jugak.

Tapi Ahad ni akan diingati sebagai Ahad paling boring kerana tiada hiburan di rumah. Tapi aku nak mereka tahu, apa yang aku buat selama ni pun bukan untuk aku, tapi untuk mereka jugak. Keluarga aku bukan orang senang dulu. Jadi apa yang mereka dan aku tak dapat sewaktu kecil dulu, aku cuba tunaikan. Tapi bila perkara itu pun tak dihargai.....huh! Tapi perkara ni dah kira selesai, cuma bergantung pada aku jer. Sebab aku ni amik masa yang lama nak baik semula. Kadang-kadang sampai seminggu lamanya baru aku akan bertegur sapa dengan mereka.

Tapi dapat aku bayangkan betapa boringnya bila tak dapat menonton tv dan melayari internet. Bukan aku tak boleh terima gurauan, tapi gurauan tu biarlah tidak menyentuh perkara yang aku tak suka. Sekurang-kurang ni akan jadi pengajaran pada mereka dan juga aku.

Friday, January 09, 2009

Award Dari Eleza & Sis Laura


Wah! Terima kasih kat Sis Laura dan Eleza kerana memberi award. Walaupun baru beberapa kali jumpa, tapi macam dah bertahun kenal. Walaupun aku ni seorang yang pendiam, korang tak sisihkan aku. Pendiam ke aku ni? He..he..mungkin bagi orang yang baru kenal aku, nampak aku ni macam pendiam. Belum jumpa rentak lagi kata orang. Tapi tunggulah bila dah lama dan serasi, mungkin baru keluar kot true color. Bagi yang pertama kali jumpa, dan anggap aku ni macam sombong atau tak reti nak bergaul, minta maaf banyak-banyak k. Anyway, thanks tuk award ni. Lupa nak tanya Ann, aku time sekolah rendah dulu pendiam ke nakal? He..he...Maklumlah, dah lost memory. Ann jer lah ingat segala memori kat sekolah rendah dulu. Ann, sila jawab!

Award ni aku bagi kat semua rakan-rakan aku. Tapi sesungguhnya nilai persahabatan itu tidak dapat dinilai dengan apa-apa anugerah pun di dunia ni. Banyak yang dah aku pelajari sepanjang bergaul dan mengenali korang semua. Seronok dapat mengenali korang semua!

Tuesday, January 06, 2009

Mengenangmu....

Finally, aku akhirnya telah membuka satu blog peribadi untuk diri aku. Hu..hu..selama ni aku menumpang di blog MMC. Tapi mana-mana pun, tetap jugak blog aku sebab aku menjaga kedua-duanya. Tapi aku nak share satu story kat sini.

Mengenangmu - Kerispatih

Takkan pernah habis air mataku
Bila ku ingat tentang dirimu
Mungkin hanya kau yang tahu
Mengapa sampai saat ini ku masih sendiri

Adakah disana kau rindu padaku
Meski kita kini ada di dunia berbeda
Bila masih mungkin waktu berputar
Kan kutunggu dirimu …

Reff:
Biarlah ku simpan sampai nanti aku kan ada di sana
Tenanglah diriku dalam kedamaian
Ingatlah cintaku kau tak terlihat lagi
Namun cintamu abadi …

Tiap kali aku dengar lagu ni, pasti aku akan teringatkan seseorang. Masuk tahun ni, dah 8 tahun aku tak berjumpa dengan dia dan mengetahui khabar berita dari dia. Hu..hu...rindu sey! Kerana dialah nama CYPAN ni tercipta.

Kisahnya time aku form 5 dulu, aku fall in love dengan somebody. Dia ni kira perfect sebagai ciri-ciri lelaki idaman. Memandangkan dia ni idaman ramai, aku hanya mampu memendamkan perasaan tu. Tapi kawan-kawan aku dapat tahu perasaan aku. Malu siot! Handal juga mereka ni CSI isi hati aku walaupun aku tak pernah cerita dengan sesapa pun termasuk kawan karib aku sendiri.

Tiap kali jumpa dia, mesti kawan-kawan aku akan panggil nama dia dengan nama aku serentak. CY singkatan dari NANCY dan PAN singkatan dari PANASONIC (bukan nama sebenar). Kenapa dia dipanggil PANASONIC? Hu..hu...tu untuk cover line jer. Tak nak mendedahkan rahsia hati aku pada umum. Jadi tiap kali dia muncul depan aku. Kawan-kawan aku akan sebut CY, PAN. Bila disebut cepat-cepat jadilah CYPAN. Maka, disitulah terciptanya nama ini. Sampai ke hari ini, pun aku masih mengingati dia dan berharap sangat dapat jumpa dia. Tak jumpa pun, sekurang-kurangnya mendengar khabar berita tentang dia pun dah cukup.

Gambar dia? Aku ada save gambar dia di ingatan aku. Sampai-sampai bila pun aku takkan lupakan dia dan akan sentiasa mengenang dia. Bak kata lagu di atas, biar aku simpan, sampai nanti, kan ada di sana....

Huh! Jiwang pulak aku ni kan! Tapi semoga satu hari nanti, aku akan berjumpa dengan dia....