Wednesday, December 23, 2009

Friendly Futsal

Hallo.......
Huih, lama betul tak update blog ni. Sibuk dengan kerja, malas pun ada. Tapi, hari ni aku update, biar tak terus bersarang. Ahad lepas tempat kerja aku ada mengadakan friendly match de ngan team mana entah. Tak ingat nak tanya. Keputusannya berkesudahan CSKLFC tewas dengan 2-6. Tapi bukan aku yang main, aku cuma jadi tukang sorak jer.

Antara aksi menarik perlawanan.

Aksi cemas di depan pintu gol CSKL FC

Aksi menarik ketika CSKLFC melancarkan serangan ke pintu gol lawan.

Bergambar ramai-ramai selepas perlawanan dengan jersi rasmi.

Antara penyokong setia yang berada di tempat duduk penonton.

Oklah, setakat itu saja itu kali ni.

Monday, August 17, 2009

Aku dan Transformasi......

Wah! Lamanya aku tak update blog ni. Bukan apa, lama sangat tak update, sampai lupa password. Nasib baik ada simpan dalam my document. Dapat jugak update blog yang dah bersawang ni. Nak citer apa ek? Dalam entry yang lepas dulu, aku ada bagitau pasal transformasi yang aku nak lakukan. Nampaknya, aku dah berjaya melakukan transformasi tu dan sedang berusaha mengekalkan perubahan tu.

Dan dah beberapa bulan, aku dapat juga mengekalkan transformasi tu. Mungkin kerana niat nak melakukan transformasi tu datang dari hati, maka perubahan tu kekal sehingga ke hari ni. Aku pernah tengok satu filem dulu, tapi tak ingat tajuk dia. Aku ingat kata-kata kat dalam filem tu sampai hari ni. 'Kalau kita nak berubah, biarlah kita berubah kerana kita yang mahukan perubahan itu, bukan kerana orang yang mahu kita berubah. Kalau kita berubah kerana kemahuan sendiri, perubahan itu akan kekal dan kita sendiri akan merasa puas hati. Tapi kalau kita berubah kerana orang lain, perubahan tu takkan lama dan kita juga menipu diri sendiri kerana kita menjadi apa yang orang lain nak, bukan apa yang kita nak.'

Berpegang pada kata-kata tu lah, aku mula melakukan perubahan sikit demi sikit dan akhirnya aku berjaya.


Ni gambar terakhir aku dengan Stacy pada 14 April 2009


Ni gambar terbaru pada 3 Aug 2009. Ha..ha..jauh tak berubah?

Boleh dikatakan aku ni ada bermacam-macam watak kot. Di tempat kerja, aku dikenali dengan sikap aku yang kasar sikit jer. Di kalangan kawan-kawan kat kolej dulu, aku ni agak pendiam. Di kalangan kawan-kawan baru yang baru aku kenali, entahlah, aku pun tak tahu apa pandangan mereka. Tapi, apa yang aku tahu, aku puas hati dengan perubahan diri aku sebab ia membuatkan aku lebih berkeyakinan. Ha...ha...macam tak percaya bila tengok gambar ni.



Saturday, June 13, 2009

Gawai Part 2

Tiap kali aku balik, mesti akan ada muka budak-budak yang aku tak kenal. Mana yang dulu aku tengok masih berhingusan, sekarang dah besar panjang. Yang dah kahwin pun ada biarpun ada yang muda dari aku. Keluarga aku pun tak terkecuali menerima ahli baru. Macam biasalah, kalau balik kampung, soalan cepumas yang akan ditanya, bila nak balik bawa pasangan. Jawapan aku, umpan yang aku pasang belum mengena lagi. Ok tak jawapan tu? Ha..ha...

Lagipun Gawai kali ni meriah sebab, bapa aku merupakan pengerusi untuk AJK Acara Gawai pada tahun ni. Jadi sebagai penghormatan kepada pemilihan bapa aku sebagai pengerusi, 'ruai' kami akan didirikan 'ranyai', salah satu simbolik kepada sambutan Hari Gawai.

Pada malam Gawai, bermacam-macam acara diatur sementara menanti detik 12 tengah malam. Menanti detik 12 tengah malam lebih kurang macam menanti detik 12 tengah malam setiap kali menjelang tahun baru. Lagipun Hari Gawai ini merupakan sambutan kepada tahun baru dalam masyarakat Iban dan juga meraikan tamatnya pesta menuai. Antara acara yang telah diatur pada malam itu adalah Pertandingan Kumang Gawai, Pertandingan Keling Gawai, Pertandingan Pasangan Pengantin, Tarian Poco-Poco, Karaoke dan acara sukaneka yang telah pun diadakan pada sebelah petang.

Ni lah dua orang anggota baru dalam keluarga aku. Sebelah kiri ni adalah adik sepupu aku, Martin namanya. Manakala disebelah kiri tu pulak anak kepada sepupu aku, Estycia Mhiesa namanya.

Ini adalah 'ranyai'. Ranyai ini diperbuat daripada batang pokok pisang. Ranyai ini merupakan tanda simbolik untuk perayaan Hari Gawai. Ranyai ini akan didirikan ditengah-tengah 'ruai' tempat untuk semua penghuni rumah panjang berkumpul. Pada 'ranyai' ini nanti akan disangkut bermacam-macam jenis barang, tidak kisah sama, beer, botol air tuak, rokok, makanan, malah pernah juga orang kampung menyangkut ayam panggang pada 'ranyai'. Asalkan ada sumbangan dari orang kampung. Barang-barang itu semua akan disangkutkan pada 'ranyai' menggunakan tali.

Untuk memulakan upacara, seorang akan dilantik bagi memulakan acara malam menyambut Malam Gawai. Orang yang telah dipilih itu akan menarikan tarian tradisional kaum Iban iaitu Tarian Ngajat. Dia akan menari mengelilingi 'ranyai'. Selepas dia menari mengelilingi ranyai, dia kemudian akan memilih barang yang mana dia mahu dan memotong barang yang disangkutkan menggunakan parang yang digunakan untuk tarian Ngajat.

Kemudian orang tersebut akan mencari sesiapa saja yang dia mahu dan menyerahkan parang yang digunakan kepada orang yang dipilih. Begitulah proses seterusnya sehinggalah semua barang makanan yang disangkutkan pada 'ranyai' itu habis dan orang terakhir akan menebang 'ranyai' sebagai simbolik bermulanya Pesta Menuai atau Hari Gawai.

Bersiap sedia mempersiapkan adik sepupu, Famela Nawi menyertai Pertandingan Kumang Gawai. Bukan mereka berdua ni yang siapkan Nawi ni, tapi mak aku dan mak Nawi. Mereka berdua ni 'eksyen' jer lebih.

Sempat lagi berposing di depan pintu.

Bergambar kenangan sebelum bermulanya acara. Dari kiri adik aku, Doris, sepupu aku Laleh, mak Laleh, mak, dan Felly atau lebih dikenali dengan nama Nanggo.

Suasana di 'ruai' sebelum bermulanya acara pada Malam Gawai.

Ini adalah pemuzik yang mengiringi Pertandingan Keling Gawai dan Kumang Gawai.

Ni adalah Pertandingan Kumang Gawai. 'Kumang' adalah panggilan untuk kaum perempuan. Lebih kurang panggilan sayang untuk kaum perempuan. Tapi biasanya panggilan 'kumang' ni sesuai untuk budak-budak. Kalau nak panggil perempuan yang remaja atau dewasa kebiasaannya akan dipanggil dengan panggilan 'mang' atau 'nduk'. Seronok melihat kanak-kanak ini beratur memperagakan pakaian tradisional. Kalau diberi peluang, memang aku teringin sangat nak pakaian macam ni. Tapi umur dah meningkat macam ni, susah sikitlah. Ha..ha..macam mana agaknya rupa aku kalau pakai macam ni kan?

Ini pula perayaan Pertandingan Keling Gawai. Dalam bahasa Iban, 'keling' adalah panggilan bagi budak lelaki. Kalau untuk pemuda atau remaja lelaki panggilan untuk mereka adalah 'Igat'. Dalam erti lain, panggilan 'keling' atau 'igat' lebih kepada panggilan hormat untuk lelaki.

Untuk Pertandingan Keling dan Kumang Gawai, setiap peserta diwajibkan menunjukkan tarian wajib kaum Iban, iaitu Tarian Ngajat. Tidak kira bagaimana mereka mempersembahkan tarian itu, asalkan ianya ada mempunyai unsur Tarian Ngajat. Ketika inilah memang pecah perut ketawa kerana kebanyakan dari mereka tidak tahu tarian tradisional itu maka keluarlah segala kung fu, karate dan juga pencak silat yang tidak menjadi. Tapi itu merupakan satu syarat yang baik, sebagai memperingatkan mereka agar tidak melupakan tarian tradisional itu.

Barisan peserta yang menyertai acara Pertandingan Pasangan Pengantin. Peserta yang menyertai pertandingan ini, bukanlah pasangan suami isteri. Pada Hari Gawai inilah peluangnya untuk orang kampung bermesra sesama sendiri. Pada masa inilah, yang mana otak gila-gila akan mencari pasangan yang sesuai kira isteri, suami, datuk, atau nenek. Lagipun, masing-masing tahu batasan dan tidak berkelakuan melampau. Tidak ada istilah cemburu buta kerana masing-masing tahu inilah saat untuk bergurau mesra. Memang seronok tengok gelagat mereka kerana masing-masing memang sporting. Yang lelaki menjadi perempuan, yang perempuan menjadi lelaki. Memang pecah perut gelak malam tu. Kelakar habis!

Seronok betul orang-orang kampung menari tarian Poco-Poco bersama dengan dua orang pelancong yang kebetulan datang ke kampung. Kemuncak pada acara ini ada bila satu demi satu barang-barang yang disangkutkan pada 'ranyai' itu akhirnya habis dan sebagai simbolik pada sambutan Gawai, orang terakhir akan menebang 'ranyai' itu sebagai bermulanya perayaan Hari Gawai.

Itu baru acara pada malam Gawai. Ada lagi untuk hari yang seterusnya.

Fuh! Penat jugak nak update pasal Perayaan Gawai ni. Kalau diikutkan, memang tak terkata seronoknya.

Friday, June 12, 2009

My Sweet Home......

Uh!!! Lamanya aku tak update blog ni. Bukan apa, busy dengan urusan kerja dan peribadi. Lagi satu, tak ada cerita sangat yang nak dikongsikan. Tapi kali ni, aku nak kongsi tentang aktiviti ketika aku balik ke Sarawak pada 30 Mei sehingga 11 Jun yang lalu. Kira baru beberapa hari lah aku ni balik dari kampung halaman aku, Kapit Sarawak.

Setahun sekali balik kampung, cuti 11 hari yang aku habiskan tu rasa macam tak puas kalau nak dibandingkan betapa lamanya aku meninggalkan kampung halaman. Walau apa pun, aku tetap bersyukur dapat balik menjenguk keluarga di sana walaupun sekejap.

Ni suasana sekitar Pelabuhan Sibu atau lebih senang dipanggil Wharf Sibu dikalangan orang tempatan. Wharf Sibu merupakan tempat yang menghubungkan Kuching, Song, Kapit dan beberapa lagi buah tempat di sekitar Sarawak. Wharf Sibu akan sibuk sangat ketika menjelang perayaan Hari Gawai dan Hari Krismas.

Ni adalah bot ekpress atau lebih dikenali ekpsress dikalangan orang Sarawak. Ekspress merupakan pengangkutan utama orang Sarawak kerana tidak semua tempat boleh dihubungi menggunakan jalan darat. Maka sebagai alternatif, jalan air digunakan.

Ni dipanggil ruai. Di ruai ni segala aktiviti dilakukan. Budak-budak pun bermain di sini. Jika ada perjumpaan antara orang-orang kampung juga dilakukan di sini.

Ni pulak ruang tamu di rumah aku.

Ni ruangan untuk dapur dan juga ruangan makan untuk family.

Ni adalah bilik mandi. Bilik mandi ni open. Bilik mandi ni nampak kotor sikit sebab di kampung aku belum sampai lagi bekalan air paip. Susah nak membersihkan bilik mandi dalam keadaan kekurangan bekalan air. Jadi, orang-orang kampung hanya bergantung kepada bekalan air hujan. Kalau hari hujan dengan lebat beberapa hari, adalah air. Kalau tak ada air, sungailah jawablah. Bilik mandi ni open, kerana selama ni orang-orang kampung memang tak mandi kat bilik mandi. Sebab biasa mandi kat sungai, jadi dah biasa mandi dalam keadaan terbuka. Tapi tak adalah telanjang bulat. Of courselah yang perempuan mandi berkemban.

Ni bahagian belakang rumah. Yang di sebelah kiri tu adalah tempat untuk memanggang. Tapi biasanya tempat tu mak aku gunakan untuk menjerang air. Katanya air lebih cepat masak kalau dimasak kat situ. Dan yang dibelakang tu pulak adalah reban ayam, bukan store simpan barang. Nasib baiklah ayam-ayam tak berak kat pakaian yang disidai kat belakang ni.


Ni lah sekecil yang selalu mengamit kerinduan aku. Namanya Vallyendra. Lahir pada 27 May 2004. Kira aku balik setahun sekali setiap bulan May adalah untuk meraikan hari lahir adik bongsu aku ni.

Ni ajer lah dulu setakat ni. Nanti aku akan update aktiviti aku sepanjang menyambut Hari Gawai.


Saturday, May 09, 2009

Happy Mother Day


Mak, I love U.....

Syurga Di Telapak Kaki Ibu


Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan


Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu


Lagu ni aku tujukan khas untuk mak aku. Tahun ni, aku hanya bagi ucapan melalui telefon jer dengan mak aku. Sekali lagi tahun ni, aku tak dapat meraikan sambutan hari ibu dengan mak sebab jarak. Ye lah, aku kat KL dan dia kat Sarawak. Hanya dengan doa restu dari maklah aku mampu menangkis semua cabaran dan godaan kota metropolitan yang mencabar. Aku bersyukur sangat kerana aku masih lagi anak mak aku yang dulu tanpa aku perlu menjadi orang lain bila berhadapan dengan mereka.

Dan untuk mak, terima kasih kerana telah memberi kepercayaan pada aku untuk aku hidup berdikari jauh dari keluarga. Dan kepercayaan itu takkan sekali-kali aku khianati. Mak...I Love U.....

Sunday, April 19, 2009

Superman oh Superman.......


Aku ni bukannya peminat fanatik kepada cerita Superman ni. Tapi aku suka tengok cerita Lois & Clark - The New Adventures of Superman sebab plot cerita ni kena dengan jiwa aku.

Cerita ni dah pernah ditayangkan di tv3 satu masa dulu. Seingat aku, time tu aku dalam darjah 3 kot. Sanggup tidur lambat semata-mata nak tengok cerita ni. Ingat dulu asyik kena marah sebab selalu tidur lambat.

Kebetulan karakter Lois Lane lakonan Teri Hatcher tu sikit-sikit adalah macam aku jugak. Itu yang membuatkan aku seronok tengok cerita tu. Tak lah semua, tapi adalah sikit persamaan. Dan aku pun minat bidang kewartawanan. Lagipun aku memang minat tengok karakter Lois Lane yang keras kepala, bersifat dominan, sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mencapai apa yang dia hajatkan. Part mana yang sama tu, tak payahlah aku ceritakan. Tak penting pun.

Tapi bila tengok cerita ni, aku rasa macam refleksi diri aku. Betul ke aku macam tu? Terasa aku macam sedang menonton diri aku dalam diri Lois Lane. Ha...ha...jauh betul berangan. Tapi tak adalah sampai aku berangankan Superman akan datang menyelamatkan aku setiap kali ada masalah macam mana Superman datang menyelamatkan Lois Lane.

Setakat ni, aku dah ada siri Lois & Clark- The New Of Superman season 1 dan 2. Puas aku cari season 3 dengan 4, tapi semua kedai dvd yang aku pergi, kata mereka, season 3 dan 4 belum masuk pasaran Malaysia lagi. Arghhh.....aku dah tengok sampai hujung season 2. Sampai ke klimaks, tetiba bersambung pulak ke season 3. Huh! Susah payah betul aku nak cari sambungannya. Tapi akhirnya, belum ada lagi di pasaran Malaysia. Terpaksalah aku tunggu season 3 dan season 4 masuk ke pasaran Malaysia.

Hmm....semoga cepatlah season 3 dan season 4 tu sampai Malaysia. Aku tak sabar nak melengkapkan koleksi peribadi aku. Kalau dah lengkap, puas rasanya dapat menunaikan kehendak diri sendiri. Biarlah adik aku nak kata aku membazirkan duit sebab aku beli pakai duit aku. Dan, tak salah kalau aku nak memanjakan diri aku dengan membeli apa yang kita hajatkan, kan?

Thursday, April 16, 2009

Meraikan Kemenangan Stacy di ABP

Wah! Lamanya aku tak update blog ni! Nasib tak bersawang jer. Bukan apa, tak ada bahan aku nak cerita. Lagipun, aku tengah sibuk dengan hobi baru aku. Ha..ha..aku ni memang dikenali dengan orang yang banyak sangat hobi. Sampai kawan-kawan aku pun pening tengok aku ni banyak betul perkara yang diminati. Agaknya itu yang membuatkan aku ni susah difahami. Ha..ha..


Okaylah, berbalik pada cerita aku. Lepas jer habis stock take pagi Selasa lalu, aku dapat mesej dari Liana tentang majlis meraikan kemenangan Stacy sempena kejayaan Stacy meraih anugerah Artis Baru Wanita Popular. Mulanya aku tak nak pergi sebab aku memang penat sangat dan nak tidur. Ye lah, satu malam tak tidur. Mata dengan muka pun dah sembab. Tapi bila sampai rumah, mata aku ni memang degil nak tidur. Kebetulan, aku pun dah lama tak jumpa Stacy dengan ahli Stacyfrenz yang lain. Jadi, aku ambil keputusan pergi ke majlis tu.

Sampai di sana, memang aku senyap. Sorrylah kengkawan. Bukan menyisihkan diri. Tapi memang penat dan letih time tu. Tapi rasa segan pun ada jugak sebab lama tak jumpa korang semua. Tapi bila dapat berborak dengan Stacy, hilang kejaplah penat tu. Tengok Stacy pun penat sejak balik dari ABP. Kesian jugak dengan Stacy. Nampak memang tak cukup rehat.

Tapi apapun, bergambar dan memegang anugerah yang dimenangi oleh Stacy merupakan satu pengalaman manis bagi aku. He...he..merasa kejap tempias glamor. Wah! Terlebih sudah!


TROFI ANUGERAH ARTIS BARU WANITA POPULAR


Bergambar kenangan dengan Liza dan Stacy
Pic credit to Adriana


Bergambar kenangan dengan Stacy di samping trofi yang dimenangi.


Tuesday, March 10, 2009

Transformasi Akan Berlaku


Satu Transformasi Akan Berlaku merupakan tagline untuk AF7. Tapi apa yang aku nak beritahu kat sini bukanlah pasal transformasi yang dilakukan krew produksi untuk AF kali ni. Aku cuma nak bagitau, yang aku pun tengah buat transformasi untuk diri aku. Kalau AF7, satu tranformasi. Tapi untuk diri aku pulak, banyak tranformasi yang perlu dilakukan.

Sejak kebelakangan ni banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku. Ada perkara yang membuatkan aku terduduk, ada jugak perkara yang membuatkan aku tersenyum. Tapi adatlah, semuanya perlu dihadapi dengan tenang dan tabah.

Berbalik pada tranformasi diri aku. Hm..Aku dah mula melakukan transformasi dalam diri ni. Rakan-rakan, dan adik-adik aku juga agak terkejut dengan tranformasi ni dan mereka pun menyukai serta memberi sokongan. He..he..itu tranformasi dari segi fizikal. Kira sekarang ni, aku dah melakukan dua transformasi. Tranformasi yang satu lagi tu, hmmm..kira aku dah mula lembut hati untuk memberi peluang pada diri sendiri.

Dan ada lagi beberapa tranformasi yang akan dilakukan baik dari segi membina semula kerjaya aku yang hampir tercalar kerana kesilapan sendiri dan juga mengembalikan semula kepercayaan orang atasan kepada kredibiliti aku.

Harapan aku, semoga tranformasi yang dilakukan ni akan membuatkan hidup aku lebih bermakna dari sebelumnya......

Wednesday, March 04, 2009

Renungkanlah.....


Dalam hidup kita Tuhan akan bagi kita peluang
untuk kita berjumpa dengan
orang yang betul-betul kita sayang.
Tapi hanya sekali....

Sekiranya kita leka,
kita akan kehilangannya buat selamanya.
Tapi kita tak pernah tahu siapa orangnya
jika kita sendiri tak pernah cuba
untuk menilai kehadirannya.

Mungkin....Setelah segalanya berlalu,
kita mula sedar dan mungkin
kita tak berpeluang untuk
memiliki dirinya buat selamanya.....

Monday, February 23, 2009

Sukarnya Membuat Keputusan........


Arghhhhh! Susahnya membuat pilihan. Antara kerjaya dan keluarga, yang mana patut diutamakan dulu? Biarlah aku cerita apa yang membuatkan aku sukar membuat pilihan antara kerjaya dan keluarga.

Syarikat tempat aku kerja akan membuka satu lagi cawangan baru berhampiran tempat tinggal aku. Dan aku ditawarkan untuk ke sana dalam posisi yang berbeza dari posisi aku sekarang. Senang cerita, naik pangkatlah. Oklah, aku terimalah. Sebab aku dah kerja dalam bidang ni pun dah lama dan banyak jugak yang aku dah lalui. Cuma tak berpeluang nak gunakan segala ilmu dan pengalaman yang aku ada sebab di tempat kerja aku ni, agak terbatas sedikit.

Tapi nak dijadikan cerita. Bila aku fikir-fikir balik, aku nak tukar bidang pulak. Bidang ni taklah asing sangat, cuma aku kena belajar banyak. Kalau sebelum ni kerja aku cuma jaga duit yang jumlahnya memang banyak. Tapi kali ni, aku nak cuba pulak kerja dalam bidang yang berkaitan dengan sistem.

Bos aku banyak kali tanya aku, betul ke aku nak pergi ke cawangan baru ni dalam posisi yang aku minta, bukan posisi yang sepatutnya ditawarkan kepada aku. Aku pun confident jawab, aku yakin dan aku dah bersedia. Baru-baru ni, aku jumpa dia secara personally kerana banyak perkara yang nak dibincangkan.

Bila aku jumpa dia, dia berterus terang dengan aku, yang dia tak yakin aku boleh lakukan kerja tu kerana cabarannya lebih kuat dari apa yang aku fikirkan. Tak tahulah dia sebenarnya berat nak lepaskan aku pergi atau dia memang tak nak aku pergi, tapi dia tak nyatakan secara terang. Kalau aku terus kerja dengan dia, dia boleh aku cuti berapa lama yang aku nak dan kenaikan gaji, cuma beri dia sikit masa untuk uruskan kenaikan gaji tu.

Kebetulan aku ada tanya dia pasal aku nak bercuti panjang bulan Jun ni nanti kerana aku nak balik Sarawak. Aku minta cuti 2 minggu dengan dia. Then, jawapan dia. Kalau dalam tempoh tu, aku masih lagi kerja dengan dia, dia boleh bagi aku cuti. Tapi kalau waktu tu aku dah kena melapor diri ke tempat kerja baru, dia tak boleh nak beri aku cuti yang aku minta kerana ianya di bawah tanggungjawab bos baru nanti.

Kat situ aku dah rasa serba salah. Keluarga aku dah beriya-iya suruh aku balik bulan Jun ni nanti. Takkan aku nak hampakan permintaan mereka yang mahukan aku balik menjenguk mereka? Sekarang ni aku dalam dilema. Perlukah aku tolak tawaran berpindah ke tempat baru dan balik menjenguk keluarga aku nanti atau aku terus menerima tawaran tu dan lupakan hasrat nak balik bersama adik-adik aku nanti?

Sunday, February 22, 2009

MU menang lagi!!!!!


Rooney (min 23)
Ronaldo (min 59)

Aku tak tahu nak update apa sebenarnya. Jadi aku updatelah pasal kelab kegemaran aku Man Utd. Ha...ha...ada can tak MU menang 5 piala musim ni? Sama-sama kita nantikan hingga ke hujung musim. Sekarang ni MU mendahului Liverpool dengan kelebihan 8 mata.


Thursday, February 19, 2009

Kenali Budi Pekerti Wanita Dicintai....


Pernahkah anda dilamun satu perasaan yang agak aneh dan mula membayangkan seseorang dalam hidup? Ketika terbuai-buai perasaan dan tumbuhnya di celah-celah naluri keremajaan, ia begitu istimewa. Mampukah ditolak datangnya cinta apatah lagi kehadirannya tanpa diundang umpama pencuri.

Memang perasaan itu tidak boleh ditahan dan dibendung. Baik lelaki mahupun perempuan, jika perasaan itu baru saja muncul di sudut hati, barangkali ramai yang masih berteka-teki akan teman yang mula disukai itu.

Jika anda lelaki yang baru hendak berjinak-jinak mengenali golongan hawa, kenalilah personaliti diri mereka sebagai panduan.

SENSITIF
Bukan bermaksud suka merajuk, tetapi perempuan hanya ingin bermanja dan sekadar ingin mendapat perhatian.

CEREWET
Bukan bermaksud cerewet tidak tentu hala, adakalanya si perempuan ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali-kala.

HALUS
Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut, mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang perempuan terkenal sebagai seorang pemaaf dan memaafkan orang lain atas sebab kesalahan, biasanya orang perempuan akan ingat kesalahan itu untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan dendam.

IKHLAS
Perempuan sanggup berkorban apa saja untuk seseorang, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. Perempuan amat tabah.

PRIHATIN
Perempuan sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

MANJA
Walaupun dia adalah seorang yang pandai berdikari, naluri kaum hawa masih lagi tetap seorang perempuan. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki namun juga sesama kaum.

EGO
Wanita terlalu sayangkan kekasihnya sanggup ketepikan egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

CINTA
Cinta pertama bagi wanita lazimnya adalah cinta yang paling dalam dan tulus.

SEKS
Seks bukanlah segala-galanya kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal. Nafsunya banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu lantas fungsi lelaki adalah membimbing wanita, bukan menghanyutkan dirinya.

Apabila sudah jatuh cinta, perempuan dikatakan lebih setia dan sukar melupakannya.....

Saturday, February 14, 2009

Aku dan Valentine......


Ha...ha...mesti banyak cerita mengenai Valentine sempena dengan Valentine Day ni. Valentine Day, Hari Memperingati Kekasih atau Hari Kasih Sayang, tak kisahlah apa nama pun, akan ditunggu semua manusia di seluruh dunia. Aku pun ada cerita jugak yang mahu dikongsikan sama. Aku bukan nak cerita macam mana aku sambut Valentine ni. Sejujurnya, aku tak pernah pun sambut Valentine ni walaupun aku boleh menyambutnya. Kenapa aku tak pernah sambut? Sebabnya yang pertama, aku ni mana ada teman istimewa lagi. Nak percaya atau tidak, terpulang. Tapi bukan itu soalnya kenapa aku tak pernah sambut. Bagi aku, Valentine Day atau hari biasa sama jer. Tak ada beza pun.

Bagi pasangan yang bercinta, pasti macam-macam perkara yang dirancang supaya 14 Feb ni akan menjadi hari yang paling istimewa dan hari yang paling indah untuk dikenang seumur hidup. Bagi yang tidak mempunyai kekasih, mereka akan menyambutnya bersama keluarga ataupun rakan-rakan. Perlukah kita tunggu setiap 14 Feb untuk menunjukkan kasih sayang kita kepada kekasih, keluarga atau rakan-rakan?


Bila tiba Valentine Day ni, tempat kerja aku sibuk buka satu kaunter khas untuk jual bunga, coklat dan teddy bear. Hmmmm...waktu macam ni, harga bunga memang melambung tinggi. Lepas kita belikan bunga dan bagi pada si dia. Kalau bunga tu layu, adakah bunga tu akan disimpan atau dibuang? Kalau bagi coklat pulak, coklat tu pun kena makan jugak. Kalau tak makan nanti tiba expired date, kena buang jugak sebab dah tak boleh makan. Jadi, apa relevannya semua pemberian tu?

Kalaulah aku diberi pilihan, apa hadiah yang aku nak? Aku suka sesuatu barang yang tahan lama dan boleh disimpan sampai bila-bila. Tak kisahlah kalau orang nak kata aku ni materialistik, mata duitan ke. Tapi aku suka simpan pemberian yang boleh aku ingat dan simpan sampai bila-bila. Walaupun aku ni perempuan, tapi aku memang tak suka pemberian yang melibatkan bunga atau coklat.

Setiap orang pasti ada sebab tersendiri kenapa 14 Feb ni istimewa di hati mereka. Tapi bagi aku sama saja. Tak ada perbezaan pun sebab bagi aku setiap hari adalah hari aku tunjukkan kasih sayang dengan keluarga dan rakan-rakan aku. Tak kisahlah kalau orang nak kata aku ni kolot, ketinggalan zaman, tak romantik, perempuan brutal, biarlah. Yang aku tahu, aku selesa jadi diri aku dan menyayangi orang di sekeliling aku dengan cara aku sendiri.

Saturday, February 07, 2009

Happy Besday!!!!

Hmm..sedar tak sedar, umur adik aku, Ina dah menjangkau 19 tahun. Sebaya dengan umur Stacy. Sempena hari jadi dia, aku dan adik aku, Doris pakat nak meraikan hari jadi dia. Saja jer tak nak wish pada malam 6 hb. Tentu dia ingat kami ni kakak yang kejam sebab tak ingat besday dia. Tapi sebenarnya, kami saja jer nak wat surprise untuk dia. Aku dan Doris belanja dia makan satay kat restoran R & K di Setiawangsa.


Ni lah besday girl, adik aku Ina.


Satay yang menjadi santapan.


Kakak-kakak yang baik hati.

Macam biasalah, kalau kami tiga beradik dah berkumpul, ada saja perkara yang menjadi bahan usikan kami. Gelak ketawa dan usik-mengusik memang tidak lekang sepanjang perjalanan kami menuju ke destinasi. Harap lepas ni, banyak lagi masa yang dapat kami luangkan bersama. Rindunya dengan keluarga aku di kampung.

Dan untuk adik aku Ina, semoga tahun ni akan lebih baik dari tahun sebelumnya. Nanti kalau dah berjaya, jangan lupa dengan jasa kakak-kakakmu yang baik hati ni. He...he...he...

Oklah, see ya.....

Sunday, February 01, 2009

Atas Nama Kemanusiaan

Cuti hari minggu, aku tak duduk kat rumah. Nak tau aku pergi mana? Korang tengoklah gambar yang ada ni. Korang tau lah aku pergi mana.


Dah tahu kan aku pergi mana? Sambil berhibur, sambil beramal.


Kumpulan Charm, pengacara yang memang happening dan havoc!
1) Saida dan peminat cilik.
2) Dia Fadilla menyanyi dan melelong barangan peribadi
3) Persembahan kump Coda, artis Siti Nurhaliza Production
4) Persembahan solo dari Amer SOFAZ

1) Ramli MS melelong barangan peribadi seperti seluar, baju dan tali pinggang.
2) Mawi turut menghiburkan dan melelong barangan peribadi seperti kasut dan seluar jeans.
3) Atilia menyanyikan lagu Sangkar
4) Shamsul Ghau-Ghau mengutip derma.


Persembahan yang mendapat tepukan paling gemuruh, Meet Uncle Hussein


Julia Ziegler, Iqram Dinzly, Dynaz & Diana Danielle.
Sesi bidaan yang diacarakan oleh mereka berempat kurang meriah skit.


Linda Onn, Erra Fazira, Nikki dan Sarimah.
Kecoh betul ketika sesi bidaan.


Bakal mama dan papa.
Erra dan Engku Imran turut melelong barangan peribadi mereka.

Sepatutnya, Stacy turut ada di acara ini. Aku pun ajaklah adik-adik aku sebab mereka nak jumpa dengan Stacy. Tapi hari ni, tak ada rezeki untuk mereka berjumpa dengan Stacy sebab aku dapat panggilan, Stacy tak dapat buat persembahan kerana masa yang diperuntukkan untuknya telah tamat. Tapi aku dan adik-adik aku terhibur jugak dengan barisan artis yang hadir pada petang itu. Cuma aku terlewat beberapa minit untuk berjumpa dengan idola aku, Dato Siti Nurhaliza.

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dengan kesengsaraan mangsa kekejaman Rejim Zionis, aku pun ada menyumbang. Tapi nilai sumbangan aku biarlah rahsia sebab yang penting niat kita ikhlas dan murni. Ok, see ya......

Wednesday, January 28, 2009

Karaoke!!!!!!!!!

Alkisahnya, hari ni aku pergilah berkaraoke dengan beberapa orang teman sekerja. Lama jugak aku dah tinggalkan sesi berkaraoke ni. Plan ni pun dibuat last-last minit. Kebetulan hari ni, aku boleh join diorang.

Bila tau jer nak pergi karaoke, Kak Ita ajak aku pergi temankan dia beli baju, sebab dia tak nak pakai baju kurung masuk pusat karaoke. Dalam masa 1 jam lunch hour tu, aku pergilah temankan dia cari baju. Isetan, Parkson, Romp. Padini, PDI, G2000 Women, pendek kata semua kedai yang jual baju kami masuk. Tapi hampeh! Ada yang menarik, tak ada saiz. Ada yang ada saiz, harganya mak datuk! Boleh aku beli pas bulanan selama 3 bulan. Last, Kak Ita decide pakai jer lah baju kurung tu.

Sampai kat pusat karaoke pulak, bukan mic yang kami pegang dulu. Aku dengan dia pergi isi perut dulu. Makan, tak ingat dunia! Sampai 4 trip kami melantak! Yang lain sibuk melalak, kami pulak sibuk melantak. Lepas tu barulah join diorang nyanyi. Enjoy the pics!


Ni nak menyanyi ke nak makan?
Ni lah aksi terlampau sorang HR melalak! Ha..ha..
Uiks! Penuh perasaan mamat sorang tu nyanyi.
Siapa agaknya gerangan dia tu? He..he...
Ha..ha..Kak Ita dah tak sabar nak makan tu...
Trip ke 2 sesi menjamu selera.


Ni trip ke 3 aku makan.


Ni trip ke 4 dah ni. Wow! Tak sedar, kuatnya aku makan!

Seronok jugak sekali kala test suara ni. Lepas ni, tak tau apa lagi plan best yang diorang nak buat. Tapi aku suka join aktiviti yang melibatkan makanan. Maklumlah, aku ni kan suka makan. Ops! Kuat makanlah! Tu sajalah untuk kali ni. See ya....