Friday, June 12, 2009

My Sweet Home......

Uh!!! Lamanya aku tak update blog ni. Bukan apa, busy dengan urusan kerja dan peribadi. Lagi satu, tak ada cerita sangat yang nak dikongsikan. Tapi kali ni, aku nak kongsi tentang aktiviti ketika aku balik ke Sarawak pada 30 Mei sehingga 11 Jun yang lalu. Kira baru beberapa hari lah aku ni balik dari kampung halaman aku, Kapit Sarawak.

Setahun sekali balik kampung, cuti 11 hari yang aku habiskan tu rasa macam tak puas kalau nak dibandingkan betapa lamanya aku meninggalkan kampung halaman. Walau apa pun, aku tetap bersyukur dapat balik menjenguk keluarga di sana walaupun sekejap.

Ni suasana sekitar Pelabuhan Sibu atau lebih senang dipanggil Wharf Sibu dikalangan orang tempatan. Wharf Sibu merupakan tempat yang menghubungkan Kuching, Song, Kapit dan beberapa lagi buah tempat di sekitar Sarawak. Wharf Sibu akan sibuk sangat ketika menjelang perayaan Hari Gawai dan Hari Krismas.

Ni adalah bot ekpress atau lebih dikenali ekpsress dikalangan orang Sarawak. Ekspress merupakan pengangkutan utama orang Sarawak kerana tidak semua tempat boleh dihubungi menggunakan jalan darat. Maka sebagai alternatif, jalan air digunakan.

Ni dipanggil ruai. Di ruai ni segala aktiviti dilakukan. Budak-budak pun bermain di sini. Jika ada perjumpaan antara orang-orang kampung juga dilakukan di sini.

Ni pulak ruang tamu di rumah aku.

Ni ruangan untuk dapur dan juga ruangan makan untuk family.

Ni adalah bilik mandi. Bilik mandi ni open. Bilik mandi ni nampak kotor sikit sebab di kampung aku belum sampai lagi bekalan air paip. Susah nak membersihkan bilik mandi dalam keadaan kekurangan bekalan air. Jadi, orang-orang kampung hanya bergantung kepada bekalan air hujan. Kalau hari hujan dengan lebat beberapa hari, adalah air. Kalau tak ada air, sungailah jawablah. Bilik mandi ni open, kerana selama ni orang-orang kampung memang tak mandi kat bilik mandi. Sebab biasa mandi kat sungai, jadi dah biasa mandi dalam keadaan terbuka. Tapi tak adalah telanjang bulat. Of courselah yang perempuan mandi berkemban.

Ni bahagian belakang rumah. Yang di sebelah kiri tu adalah tempat untuk memanggang. Tapi biasanya tempat tu mak aku gunakan untuk menjerang air. Katanya air lebih cepat masak kalau dimasak kat situ. Dan yang dibelakang tu pulak adalah reban ayam, bukan store simpan barang. Nasib baiklah ayam-ayam tak berak kat pakaian yang disidai kat belakang ni.


Ni lah sekecil yang selalu mengamit kerinduan aku. Namanya Vallyendra. Lahir pada 27 May 2004. Kira aku balik setahun sekali setiap bulan May adalah untuk meraikan hari lahir adik bongsu aku ni.

Ni ajer lah dulu setakat ni. Nanti aku akan update aktiviti aku sepanjang menyambut Hari Gawai.


3 comments:

  1. wah best giler laa kampung nko...
    tuh yang kat ruai tuh tempat berkumpul
    ke... pergh... best siut...

    nanti honeymnoon nko bawak aku balik kg nko
    ok dak??? hehehe... sure tangkap lentoknye nih~

    ReplyDelete
  2. meriah btol gawai ek?
    ha nancy bile nk dapat 'umpan' tu?hehe
    syok ek dpt gath reramai.

    SELAMAT HARI GAWAI!

    p.s-rajin2 ar update blog.huhu

    ReplyDelete
  3. hai kak nancy....sy hayati ex-cashier cold storage yg sama ngan naz tu...ha...ha...happy nya kak nancy sambut hari gawai...best giler.. sy pun sibuk gak skrg nie sbb dapat matrikulasi kat perak..akak mesti confirm sihat kan?? ye lah org dah melepaskan rindu kat kampung...k lah nanti kita jumpa agi k...see yaa!!!!!

    ReplyDelete