Thursday, April 16, 2009

Meraikan Kemenangan Stacy di ABP

Wah! Lamanya aku tak update blog ni! Nasib tak bersawang jer. Bukan apa, tak ada bahan aku nak cerita. Lagipun, aku tengah sibuk dengan hobi baru aku. Ha..ha..aku ni memang dikenali dengan orang yang banyak sangat hobi. Sampai kawan-kawan aku pun pening tengok aku ni banyak betul perkara yang diminati. Agaknya itu yang membuatkan aku ni susah difahami. Ha..ha..


Okaylah, berbalik pada cerita aku. Lepas jer habis stock take pagi Selasa lalu, aku dapat mesej dari Liana tentang majlis meraikan kemenangan Stacy sempena kejayaan Stacy meraih anugerah Artis Baru Wanita Popular. Mulanya aku tak nak pergi sebab aku memang penat sangat dan nak tidur. Ye lah, satu malam tak tidur. Mata dengan muka pun dah sembab. Tapi bila sampai rumah, mata aku ni memang degil nak tidur. Kebetulan, aku pun dah lama tak jumpa Stacy dengan ahli Stacyfrenz yang lain. Jadi, aku ambil keputusan pergi ke majlis tu.

Sampai di sana, memang aku senyap. Sorrylah kengkawan. Bukan menyisihkan diri. Tapi memang penat dan letih time tu. Tapi rasa segan pun ada jugak sebab lama tak jumpa korang semua. Tapi bila dapat berborak dengan Stacy, hilang kejaplah penat tu. Tengok Stacy pun penat sejak balik dari ABP. Kesian jugak dengan Stacy. Nampak memang tak cukup rehat.

Tapi apapun, bergambar dan memegang anugerah yang dimenangi oleh Stacy merupakan satu pengalaman manis bagi aku. He...he..merasa kejap tempias glamor. Wah! Terlebih sudah!


TROFI ANUGERAH ARTIS BARU WANITA POPULAR


Bergambar kenangan dengan Liza dan Stacy
Pic credit to Adriana


Bergambar kenangan dengan Stacy di samping trofi yang dimenangi.


4 comments:

  1. wah...lama gak tak update blog kan...
    patut la senyap je masa kt rumah Mrs X...
    huhuhu..
    nt rajin2 la join kami lagi k..

    ReplyDelete
  2. wah ptt ar lama ilang,hehe..
    wahh best ar dpt jupe artis ek?
    huhu..bgs2..mmg minat sgt ar ni kan?
    take care nancy;)

    ReplyDelete
  3. hamboih... pames laa nko eh..
    ehehehe... ingat kan dah tak mo update blog dah.
    haha... aku nak mintak autograph stacy kat
    screen N95 aku boleh? muahaha

    *mati idup semula aku takkan buat macam tuh~

    ReplyDelete
  4. haori : klu ada masa, blhlah join lagi.

    aizat : hmm...nak kata best tu, x lah jugak. biasa jer.

    mr azman @ kreuger : ha..ha..iyalah tu

    ReplyDelete