Monday, February 23, 2009

Sukarnya Membuat Keputusan........


Arghhhhh! Susahnya membuat pilihan. Antara kerjaya dan keluarga, yang mana patut diutamakan dulu? Biarlah aku cerita apa yang membuatkan aku sukar membuat pilihan antara kerjaya dan keluarga.

Syarikat tempat aku kerja akan membuka satu lagi cawangan baru berhampiran tempat tinggal aku. Dan aku ditawarkan untuk ke sana dalam posisi yang berbeza dari posisi aku sekarang. Senang cerita, naik pangkatlah. Oklah, aku terimalah. Sebab aku dah kerja dalam bidang ni pun dah lama dan banyak jugak yang aku dah lalui. Cuma tak berpeluang nak gunakan segala ilmu dan pengalaman yang aku ada sebab di tempat kerja aku ni, agak terbatas sedikit.

Tapi nak dijadikan cerita. Bila aku fikir-fikir balik, aku nak tukar bidang pulak. Bidang ni taklah asing sangat, cuma aku kena belajar banyak. Kalau sebelum ni kerja aku cuma jaga duit yang jumlahnya memang banyak. Tapi kali ni, aku nak cuba pulak kerja dalam bidang yang berkaitan dengan sistem.

Bos aku banyak kali tanya aku, betul ke aku nak pergi ke cawangan baru ni dalam posisi yang aku minta, bukan posisi yang sepatutnya ditawarkan kepada aku. Aku pun confident jawab, aku yakin dan aku dah bersedia. Baru-baru ni, aku jumpa dia secara personally kerana banyak perkara yang nak dibincangkan.

Bila aku jumpa dia, dia berterus terang dengan aku, yang dia tak yakin aku boleh lakukan kerja tu kerana cabarannya lebih kuat dari apa yang aku fikirkan. Tak tahulah dia sebenarnya berat nak lepaskan aku pergi atau dia memang tak nak aku pergi, tapi dia tak nyatakan secara terang. Kalau aku terus kerja dengan dia, dia boleh aku cuti berapa lama yang aku nak dan kenaikan gaji, cuma beri dia sikit masa untuk uruskan kenaikan gaji tu.

Kebetulan aku ada tanya dia pasal aku nak bercuti panjang bulan Jun ni nanti kerana aku nak balik Sarawak. Aku minta cuti 2 minggu dengan dia. Then, jawapan dia. Kalau dalam tempoh tu, aku masih lagi kerja dengan dia, dia boleh bagi aku cuti. Tapi kalau waktu tu aku dah kena melapor diri ke tempat kerja baru, dia tak boleh nak beri aku cuti yang aku minta kerana ianya di bawah tanggungjawab bos baru nanti.

Kat situ aku dah rasa serba salah. Keluarga aku dah beriya-iya suruh aku balik bulan Jun ni nanti. Takkan aku nak hampakan permintaan mereka yang mahukan aku balik menjenguk mereka? Sekarang ni aku dalam dilema. Perlukah aku tolak tawaran berpindah ke tempat baru dan balik menjenguk keluarga aku nanti atau aku terus menerima tawaran tu dan lupakan hasrat nak balik bersama adik-adik aku nanti?

Sunday, February 22, 2009

MU menang lagi!!!!!


Rooney (min 23)
Ronaldo (min 59)

Aku tak tahu nak update apa sebenarnya. Jadi aku updatelah pasal kelab kegemaran aku Man Utd. Ha...ha...ada can tak MU menang 5 piala musim ni? Sama-sama kita nantikan hingga ke hujung musim. Sekarang ni MU mendahului Liverpool dengan kelebihan 8 mata.


Thursday, February 19, 2009

Kenali Budi Pekerti Wanita Dicintai....


Pernahkah anda dilamun satu perasaan yang agak aneh dan mula membayangkan seseorang dalam hidup? Ketika terbuai-buai perasaan dan tumbuhnya di celah-celah naluri keremajaan, ia begitu istimewa. Mampukah ditolak datangnya cinta apatah lagi kehadirannya tanpa diundang umpama pencuri.

Memang perasaan itu tidak boleh ditahan dan dibendung. Baik lelaki mahupun perempuan, jika perasaan itu baru saja muncul di sudut hati, barangkali ramai yang masih berteka-teki akan teman yang mula disukai itu.

Jika anda lelaki yang baru hendak berjinak-jinak mengenali golongan hawa, kenalilah personaliti diri mereka sebagai panduan.

SENSITIF
Bukan bermaksud suka merajuk, tetapi perempuan hanya ingin bermanja dan sekadar ingin mendapat perhatian.

CEREWET
Bukan bermaksud cerewet tidak tentu hala, adakalanya si perempuan ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali-kala.

HALUS
Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut, mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang perempuan terkenal sebagai seorang pemaaf dan memaafkan orang lain atas sebab kesalahan, biasanya orang perempuan akan ingat kesalahan itu untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan dendam.

IKHLAS
Perempuan sanggup berkorban apa saja untuk seseorang, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. Perempuan amat tabah.

PRIHATIN
Perempuan sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

MANJA
Walaupun dia adalah seorang yang pandai berdikari, naluri kaum hawa masih lagi tetap seorang perempuan. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki namun juga sesama kaum.

EGO
Wanita terlalu sayangkan kekasihnya sanggup ketepikan egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

CINTA
Cinta pertama bagi wanita lazimnya adalah cinta yang paling dalam dan tulus.

SEKS
Seks bukanlah segala-galanya kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal. Nafsunya banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu lantas fungsi lelaki adalah membimbing wanita, bukan menghanyutkan dirinya.

Apabila sudah jatuh cinta, perempuan dikatakan lebih setia dan sukar melupakannya.....

Saturday, February 14, 2009

Aku dan Valentine......


Ha...ha...mesti banyak cerita mengenai Valentine sempena dengan Valentine Day ni. Valentine Day, Hari Memperingati Kekasih atau Hari Kasih Sayang, tak kisahlah apa nama pun, akan ditunggu semua manusia di seluruh dunia. Aku pun ada cerita jugak yang mahu dikongsikan sama. Aku bukan nak cerita macam mana aku sambut Valentine ni. Sejujurnya, aku tak pernah pun sambut Valentine ni walaupun aku boleh menyambutnya. Kenapa aku tak pernah sambut? Sebabnya yang pertama, aku ni mana ada teman istimewa lagi. Nak percaya atau tidak, terpulang. Tapi bukan itu soalnya kenapa aku tak pernah sambut. Bagi aku, Valentine Day atau hari biasa sama jer. Tak ada beza pun.

Bagi pasangan yang bercinta, pasti macam-macam perkara yang dirancang supaya 14 Feb ni akan menjadi hari yang paling istimewa dan hari yang paling indah untuk dikenang seumur hidup. Bagi yang tidak mempunyai kekasih, mereka akan menyambutnya bersama keluarga ataupun rakan-rakan. Perlukah kita tunggu setiap 14 Feb untuk menunjukkan kasih sayang kita kepada kekasih, keluarga atau rakan-rakan?


Bila tiba Valentine Day ni, tempat kerja aku sibuk buka satu kaunter khas untuk jual bunga, coklat dan teddy bear. Hmmmm...waktu macam ni, harga bunga memang melambung tinggi. Lepas kita belikan bunga dan bagi pada si dia. Kalau bunga tu layu, adakah bunga tu akan disimpan atau dibuang? Kalau bagi coklat pulak, coklat tu pun kena makan jugak. Kalau tak makan nanti tiba expired date, kena buang jugak sebab dah tak boleh makan. Jadi, apa relevannya semua pemberian tu?

Kalaulah aku diberi pilihan, apa hadiah yang aku nak? Aku suka sesuatu barang yang tahan lama dan boleh disimpan sampai bila-bila. Tak kisahlah kalau orang nak kata aku ni materialistik, mata duitan ke. Tapi aku suka simpan pemberian yang boleh aku ingat dan simpan sampai bila-bila. Walaupun aku ni perempuan, tapi aku memang tak suka pemberian yang melibatkan bunga atau coklat.

Setiap orang pasti ada sebab tersendiri kenapa 14 Feb ni istimewa di hati mereka. Tapi bagi aku sama saja. Tak ada perbezaan pun sebab bagi aku setiap hari adalah hari aku tunjukkan kasih sayang dengan keluarga dan rakan-rakan aku. Tak kisahlah kalau orang nak kata aku ni kolot, ketinggalan zaman, tak romantik, perempuan brutal, biarlah. Yang aku tahu, aku selesa jadi diri aku dan menyayangi orang di sekeliling aku dengan cara aku sendiri.

Saturday, February 07, 2009

Happy Besday!!!!

Hmm..sedar tak sedar, umur adik aku, Ina dah menjangkau 19 tahun. Sebaya dengan umur Stacy. Sempena hari jadi dia, aku dan adik aku, Doris pakat nak meraikan hari jadi dia. Saja jer tak nak wish pada malam 6 hb. Tentu dia ingat kami ni kakak yang kejam sebab tak ingat besday dia. Tapi sebenarnya, kami saja jer nak wat surprise untuk dia. Aku dan Doris belanja dia makan satay kat restoran R & K di Setiawangsa.


Ni lah besday girl, adik aku Ina.


Satay yang menjadi santapan.


Kakak-kakak yang baik hati.

Macam biasalah, kalau kami tiga beradik dah berkumpul, ada saja perkara yang menjadi bahan usikan kami. Gelak ketawa dan usik-mengusik memang tidak lekang sepanjang perjalanan kami menuju ke destinasi. Harap lepas ni, banyak lagi masa yang dapat kami luangkan bersama. Rindunya dengan keluarga aku di kampung.

Dan untuk adik aku Ina, semoga tahun ni akan lebih baik dari tahun sebelumnya. Nanti kalau dah berjaya, jangan lupa dengan jasa kakak-kakakmu yang baik hati ni. He...he...he...

Oklah, see ya.....

Sunday, February 01, 2009

Atas Nama Kemanusiaan

Cuti hari minggu, aku tak duduk kat rumah. Nak tau aku pergi mana? Korang tengoklah gambar yang ada ni. Korang tau lah aku pergi mana.


Dah tahu kan aku pergi mana? Sambil berhibur, sambil beramal.


Kumpulan Charm, pengacara yang memang happening dan havoc!
1) Saida dan peminat cilik.
2) Dia Fadilla menyanyi dan melelong barangan peribadi
3) Persembahan kump Coda, artis Siti Nurhaliza Production
4) Persembahan solo dari Amer SOFAZ

1) Ramli MS melelong barangan peribadi seperti seluar, baju dan tali pinggang.
2) Mawi turut menghiburkan dan melelong barangan peribadi seperti kasut dan seluar jeans.
3) Atilia menyanyikan lagu Sangkar
4) Shamsul Ghau-Ghau mengutip derma.


Persembahan yang mendapat tepukan paling gemuruh, Meet Uncle Hussein


Julia Ziegler, Iqram Dinzly, Dynaz & Diana Danielle.
Sesi bidaan yang diacarakan oleh mereka berempat kurang meriah skit.


Linda Onn, Erra Fazira, Nikki dan Sarimah.
Kecoh betul ketika sesi bidaan.


Bakal mama dan papa.
Erra dan Engku Imran turut melelong barangan peribadi mereka.

Sepatutnya, Stacy turut ada di acara ini. Aku pun ajaklah adik-adik aku sebab mereka nak jumpa dengan Stacy. Tapi hari ni, tak ada rezeki untuk mereka berjumpa dengan Stacy sebab aku dapat panggilan, Stacy tak dapat buat persembahan kerana masa yang diperuntukkan untuknya telah tamat. Tapi aku dan adik-adik aku terhibur jugak dengan barisan artis yang hadir pada petang itu. Cuma aku terlewat beberapa minit untuk berjumpa dengan idola aku, Dato Siti Nurhaliza.

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dengan kesengsaraan mangsa kekejaman Rejim Zionis, aku pun ada menyumbang. Tapi nilai sumbangan aku biarlah rahsia sebab yang penting niat kita ikhlas dan murni. Ok, see ya......